Monday, 1 November 2010

Minggu ni merupakan hari-hari yang teruk bagiku, banyak sangat duri-duri tajam yang ak lalui sepanjang masa,  spt duri2 yg ak terpijak di padang hijau td yg rumputnya panjang sewaktu bermain rounders di rumah tiera.
setiap hari ak bangkit dengan semangat yang semakin pudar untuk ke sekolah... tiada lagi perasaan cinta kepada sekolah, cita-cita untuk mendapatkan full attendance terpadam dari kotak fikiran, tanpa meninggalkn sedikit cahaya menembusi. tiada lagi sinar.spt bilik kebal gelap.

semakin hari ak bersekolah semakin membuak-buak perasaan menyesal seperti air yang mendidih di dapur menunggu orang memadam api dapur. ak sedar kesilapan besar yang ak lakukan.
betul ckp mak ayah ak, ak ni sgt rigid. ak menolak segala tawaran dengan sekeras-kerasnya seolah-olah ak ni bagus sangat tanpa memikirkan kesan.

sepanjang minggu lepas juga aku melalui hari-hari dengan ketumbuhan kronik di muka. jerawat ku tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan.. sama seperti gunung berapi yang ingin meletus yang pernah ak lihat dalam national geographic. huh.. sakit...
bkn shj itu, ak ditimpa lagi dgn sakit gigi yang menjadi-jadi. andai ak jumpa playar di rumah. pasti sudah ku tarik gigi itu.. ak menggunakan psikologi spt dikatakan rakan2 utk meyakinkan diri ku bahawa ak tak sakit gigi... berjaya je hilang sakit kat gigi berjangkit pula kesakitan di kepala yang berdenyut-denyut seperti degupan jantung orang yang selepas aktif bersukan.. haihhhh... dengan keadaan exam esk... formula2 belum lg dihafal.. nk hentak kepala takut hilang pula ingatan..

ak tabahkan diri... esknya ak ttp ke sekolah dengan muka yang sama, muka yang busan dan tak nk senyum...muka ku tegang seolah-olah baru membuat pembedahan plastik menegangkn kulit.
ak masuk kelas dan masih ramai lg rakan2 ku yg tak hadir ke sekolah. betapa kecewanya perasaan..
melihat keliling ak tak bermaya namun ak masih gelak2.. padahal ak gelak kepada lawak ku sendiri.. hambar betul.. seolah2 melihat cerita seram.

ak sedar ak tak layak menasihati org lain sbb ak sendiri pn bermasalah. ak tak berdaya mengimbangi masa lagi...
mungkin ak perlu mengaku ak seorang yg gagal dan ak memilih utk gagal...

3 comments:

  1. aku pon mule tertanye2. nape org pandai cm ko sanggup tolak segala tawaran.. tapi aku tahu, hanye ko je tahu jawapannya.. well, kayra... ni la perjalanan kehidupan sebenarnya... takkan ada yang manis jika tidak bermula dengan yang pahit.. takkan ada kemenangan jika tidak bermula dengan kecundang.. so, terima ape yg tersurat dalam erti sebuah kehidupan and percaya la.. hanye reda adan tabah menjadi kunci sebuah kehidupan...

    p/s : hebat tak aku berfalsafah.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. Waktu aku dengar ko tolak tawaran yang macam2 dulu, aku terus pandang ko sebagai orang yang dahsyat dan agak menggerunkan haha...
    Sebabnya mesti budak ni gempak gila sampai aku tak terkejar ni and anggapan aku tak silap huhu... Pandai gila anak pakcik karim ni..
    tapi kalau ko sambung selain STPM, mungkin nilai2 yang kita cuba terapkan kat semua ko tak dapat kat luar huhu.. Sebab kat luar sana dunia kejam haha...

    ReplyDelete
  3. keyra.....
    aku cume nak cakap....
    aku pun penah lalui ape yg ko dah lalui....
    n ko sendiri pun tau kan feeling tu, seolah2 diri ni bangang sangat...
    macam mane ko down, macam tu gak aku, n kawan2 kite yang lain....
    jgn risau... lepas spm ni mmg zaman kejatuhan...but its gonna be over soon, n u need to convince yourself rite now that ko akan bangkit semula...dengan gemilangnyer...~~~
    just keep bertahan okeng..??

    p.s : shit lah ko aku x di-invite..!! baru skrg leh bace blog ko...

    ReplyDelete