Thursday, 2 December 2010

Uji Kaji 1: Saya Tinggi.

MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA??

  Menurut Tokmah( ibu kpd ayah ak), semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek(sensitif) rendah. Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan dan kacak. Tak ak tipu, mereka tak kacak.

  Kalau kt tny cikgu sains di sekolah tentang fenomena ini pn, mereka pasti menjawab disebabkan faktor genetik yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini biasa diterima umum tanpa banyak soal disebabkan ada istilah "MENURUT SAINS”.

Selama sebulan ni ak dah buat pemerhatian ke atas beberapa spesimen manusia.

1.  Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di  Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??

 2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??

3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.

4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.

5. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.

6. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.

7. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.

8. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz kecil namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi(pandang meor)

Jadi, apakah hipotesis yang blh dibuat disini.?

Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya? ”.
 Atau adakah jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika.?

 Jawapannya, SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

 sebenarnya memang susah nk  terima pendapat ni tanpa mana2 bukti. Oleh itu ak mengambil diri ak sebg contoh model pemakanan untuk dijadikan ujikaji. kenapa ak yg dipilih sbg ujikaji.? mungkinkah sebab ak tinggi.? jwpnnya YA MEMANG AK TINGGI. (ko...! jgn nk gelak). Sebelum tu ak juga dh bertanyakan ilmu ini drpd pakar dan beberapa guru
.
 Aku dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan melayu tulen. 5 orang adik beradik dan kesemuanya berbadan sedang, paling tinggi pun  6’ 1”. Namun aku ditakdirkan tinggi hanya 4' 9''.  Setelah mengakaji sejarah hidup ak sewaktu kecil hingga remaja dan  bandingkan dengan adik beradik lain, maka ak akur dengan hipotesis tentang pemakanan.

  Menurut sumber yang sahih, sewaktu kecil ak tak berapa suka makan. makanan ak paling mewah pun nasi tanpa lauk. makanan lain ak pandang sebelah mata je.  Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Sebab mak ak memang sangat rajin memasak. Setelah memasuki sekolah menengah kami adik beradik berpisah, sbb masing2 masuk asrama penuh. Pada peringkat inilah ak perhatikan ke'abnormal' adik beradik lain yang menjadi tinggi secara tiba2. sebabnya setiap minggu, tak sah diorang ni klu tak order roti berbuku2. Sebenarnya ak mmg jarang nk makan roti kalau kat rumah. sbb allergic ngn roti. ak boleh makan ayam je.

 Berbalik kpd cite benggali.. knp tinggi.? Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah lumrahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia. Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

 Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang baik untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian malah akan menambahkan kelebaran saiz badan.
takpe2, ak akan pastikan ak kahwin ngn org tinggi supaya generasi ak tak pendek. ngahahhahhahahaa

 Ak rase ak dh terpengaruh dgn siri "CLEVER" kat TVIQ, sehingga beria2 nk buat uji kaji, padahal minggu dpn ak ade paper MATH T STPM. kui3.

7 comments:

  1. It's never to late la sis, start la makan makanan bergandum. Purata je yang 15-17 tu hohoho...
    lagipun makan berasaskan gandum ni lebih sihat dari nasi huhu...
    Aku masa kecik2 pun suka roti sampai skang.
    Tapi faktor genetik mainkan peranan sebab family belah ibu semua besar macam giant anak2 diorang haha... Balik kampung masuk rumah bawah kena tunduk je macam aku, haish... Kalau beraya umah orang, mesti aku terlanggar siling dengan kuat, ouch..

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah ngan fitrah kita sbg hamba ciptaanNya.. Dulu mse sekolah rendah,aku la bdk paling tinggi. Kdg2 risau lak aku.. Takut2 jd org tertinggi di dunia. Tp bile msk sekolah menengah,aku tak tinggi2 lak.. Huhu kne bhn wei aku ngan kwn2 skola rendah aku bile jumpe diaorg lg... ;(

    ReplyDelete
  3. Dulu masa F1 rini tinggi sikit dari aku haha..
    sampai form 6 baru aku perasan rini dah pendek haha...

    ReplyDelete
  4. ceh... ak mase sek rendah paling rendah slalu kena paksa beratur paling dpn.

    ReplyDelete
  5. Hahaha... aku dari kecik kena duk belakang.
    Bila dah besar ni kena duk depan plak sebab yang lain tanak duk depan. Sheeshhh...

    ReplyDelete
  6. Setelah ku amati semula post ini baru perasan...
    Motif Pandang aku hahhaa...

    ReplyDelete
  7. meor : huh ;( sekurang2 nye, aku tak terlanggar siling.. hehehe

    ReplyDelete